Assalammualaikum
selamat bercuti & bersantai-santai di hari sabtu ini
kali ni nak share tentang tips penjagaan tudung bawal
tudung bawal ni sebenarnyamemerlukan penjagaan yang rapi & teliti supaya tudung bawal kita tu tahan lama & sentiasa nampak cantik bila dipakai
tips ni berguna untuk tudung bawal jenis plain & corak, lebih-lebih lagi kain bawal jenis miyuki atau voile.. alaaa kain bawal yang plain tu, kalau anda pernah membeli airis tu jenis miyuki
::Rendam tudung dengan sedikit serbuk pencuci yang lembut, sekejap sahaja. Jangan gunakan peluntur. Gosok-gosokkan saja dengan tangan secara lembut. Kemudian bilas dan sidai tudung.
::Basuh dengan cucian tangan. Jangan gunakan berus atau mesin basuh.
jangan malas, nanti ada pula masuk mesin je tudung tu, dah rosak nangis menyesal tak sudah hihi.tudung bawal kita pun kotor sangat jadi tak perlu basuh terlalu lama.
::Kalau boleh elak menggunakan pelembut kain kerana ia akan menyebabkan tudung tersebut lembik dan sukar untuk dibentuk.tapi kalau kain bawal agak keras, boleh je rendam dengan pelembut seperti downy & softlan. saya biasa guna softlan, kain jadi lebih lembut.
::kalau nak sidai tudung tu, elakkan JANGAN direct sunlight kerana boleh menyebabkan kain tudung cepat pudar warna & cepat rosak. jemur bawah kipas je, tudung bawalkan cepat kering.
::kalau tudung bawal anda tu ada hiasan seperti manik/batu kristal, gosok dibahagian dalam. ini supaya hiasan manik/batu kristal tidak tertanggal.
::sangat-sangat disarakan menggunakan pin yang tajam semasa memakai tudung bawal. pin yang tumpul boleh menyebabkan kain bawal tertarik & ada defect yang teruk.
ok, tu je nak share. semoga anda dapat memanfaatkan tips ini ye :)
nak inform yg pre-order airis masih dibuka tau..esok last!!
jangan ketinggalan order dengan kami.. murah berbaloi-baloi
whastapp +6013-541-1516
ok,salam
2 comments:
nak tnya , andai kata tudung bawal termsuk dlm tempat kering dobi tu .. tudung kan jadi keras dan melekat , ,mcm mana nak kembalikan pda yg asal , supaya lembut
betul tu. masuk dobi kain tudung jadi lekat2. stress.
Post a Comment